Thursday, 14 November 2013

Penawar Buasir, Kencing Manis, Gout, Buah Pinggang - Penyakit Moden

Produk Cadangan :
# Penawar Buasir - Spirulina, Minyak Zaiton, Herba Ficus, Minyak Serbaguna But-But [ RMRM120.00 termasuk kos pos]

# Kencing Manis, Gout & Buah Pinggang - Alkaline Juice Himax5 [ RM59.00 + RM6.00 (kospos) ]

# Masalah Kolestrol & Jantung - Olive Oil Tapisan Pertama [ RM39.00 + RM5.00 (kospos) ]

# Delima Organik

# Buah Tin

# Kismis Minda




Thursday, 7 November 2013

SLE

Cadangan pemakanan untuk pesakit-pesakit Lupus
Makan asparagus, telur, bawang putih & bawang; makanan ini mengandungi sulfur yang diperlukan untuk pembaikan dan pembinaan semula tulang, rawan dan tisu penghubung dan membantu penyerapan kalsium. Termasuk beras, ikan, sayur-sayuran berdaun hijau, -asid buah-buahan segar, oatmeal dan bijirin. Makan nenas segar, kerana ia mengandungi bromelain untuk mengurangkan keradangan. Makan beberapa bentuk serat setiap hari.
Tidak mengambil susu, hasil tenusu atau daging merah. Elakkan kafein, buah-buahan citrus, paprika, garam, tembakau dan gula. Elakkan sayur-sayuran nightshade, contohnya lada, terung, tomato, yang boleh menyumbang kepada keradangan. Elakkan alfalfa.
Cadangan-cadangan am
Dapatkan banyak rehat dan senaman sederhana yang kerap. Elakkan cahaya matahari yang kuat, dan menggunakan perlindungan daripada matahari. Jangan gunakan pil kawalan kelahiran, kerana ia boleh menyebabkan lupus ke suar.
Penggunaan tambahan Estrogens oleh perempuan sahaja yang berlebihan meningkatkan risiko mereka menghidap Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
Jika anda menikmati artikel ini dan ingin melanggan newsletter saya dan menerima maklumat mengenai anda berada keadaan kesihatan anda kemudian Lawati website saya untuk melanggan.

Monday, 4 November 2013

Kenal baru Cinta


Video penderaan Pusat Taska Permata Harapan, Di Taman Melati

Video hasil rakaman seorang bapa yang menghantar anaknya di Pusat Taska Permata Harapan, Di Taman Melati itu akhirnya menjawab persoalan mengapa kanak-kanak menangis apabila mahu dihantar ke taska tersebut.




Dalam video tersebut, secara jelas nampak perlakuan kasar pengasuh dan pemilik taska tersebut, yang dikenali sebagai Puan Rozita memukul kepala kanak-kanak tersebut atas alasan yang tidak diketahui.Kami sebenarnya amat geram dengan perlakuan manusia syaitan ini.

Cadangan kami selepas ini, agar semua ibu bapa yang menghantar anak mereka di taska atau pusat asuhan, agar menyemak nama taska tersebut dan memastikan ianya pusat asuhan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, pusat-pusat asuhan dan taska haram ini perlu dibanteras dan kadar penguatkuasaan perlu dipertingkatkan.Antara lain cadangan kami adalah mewajibkan pemasangan CCTV di sudut-sudut strategik dimana setiap rakaman akan dipantau .di satu pusat yang dikelolakan oleh JKM sendiri.

Ini perlu bagi memastikan tiada pemilik atau pengasuh yang berani membuat penderaan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa ini.Kes penderaan ini telah pun menjadi kes jenayah dan kami berharap agar hukuman setimpal diberikan terhadap pengasuh tersebut.

Sunday, 3 November 2013

PRODUK ZBM

Berikut adalah rangkaian Produk ZBM PERFECT WORLD (M) SDN BHD
Tel : 019 910 5222

5 produk dengan harga hanya RM230
& keahlian PERCUMA..
bermakna 1 produk hanya RM46 SAHAJA..

 Sangat berbaloi2 untuk mereka yang ingin kan KESIHATAN yang maksimum dan mereka yang ingin menjadi USAHAWAN ZBM..
TAK CUBA TAK TAHU LAGI,
DAH CUBA PASTI MAHU LAGI..:)

 Hubungi 019 910 5222 SEGERA !!

Terdapat 13 jenis Produk ZBM dengan pelbagai khasiat sesuai untuk seisi keluarga.

Dengan pembelian produk yang bernilai lebih daripada RM50.00, anda akan
mendapat KEAHLIAN PERCUMA
  
Untuk mengetahui khasiat yang terkandung dalam setiap Produk ZBM,
sila klik pada tajuk produk






DURRAH


  


  








 










Jika berminat ape tunggu lg??
HUBUNGI 019 910 5222 sekarang untuk membuat tempahan..

Friday, 1 November 2013

Sunnah Meletakkan Sutrah dan Larangan Melintas di Hadapan Orang Solat

Sunnah Meletakkan Sutrah dan Larangan Melintas di Hadapan Orang Solat

Abu Numair Nawawi B. Subandi


Apa Itu Sutrah?


Sutrah adalah suatu objek setinggi kira-kira 1 pelana haiwan tunggangan yang diletakkan di hadapan orang yang solat sebagai penghadang atau pembatas. Jarak meletakkannya adalah kira-kira 3 hasta (3 kaki) di hadapan dari tempat berdiri (bagi yang bersolat tersebut). Atau 1 hasta (1 kaki) di hadapan dari tempat bersujud. (Aashlu Shifati Sholatin Nabi, 1/114 – al-Maktbah al-Ma’arif)

Selain merupakan suatu sunnah, ini turut bertujuan sebagai pembatas atau penghadang agar kesempurnaan solat tidak terjejas apabila ada orang atau seumpamanya yang melalu-lintas di hadapan ketika sedang bersolat.

Sunnah ini berdalilkan dengan hadis yang banyak antaranya sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

إِذَا وَضَعَ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلَ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلِ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُبَالِ مَنْ مَرَّ وَرَاءَ ذَلِكَ

“Apabila salah seorang di antara kamu telah meletakkan sesuatu objek yang setinggi seperti pelana haiwan tunggangan di hadapannya (sebagai sutrah atau penghadang), maka solatlah dan jangan pedulikan siapa pun yang melintas di sebalik objek tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat, no. 241)

Tinggi pelana haiwan tunggangan dimaksudkan adalah sekira-kira 1 kaki lebih atau 40cm hingga 60cm.

Ini sebagaimana ditanya kepada ‘Atha’. Ibnu Juraij bertanya:

كم مؤخرة الرحل الذي سعل إنه يستر المصلي؟ قال: قدر ذراع

“Berapa tinggi pelana haiwan tunggangan yang dijadikan sutrah untuk solat?” ‘Atha’ jawab, “Sekira-kira satu hasta.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah, no. 807)

Hukum Meletakkan Sutrah Untuk Solat

Ulama berbeza pendapat tentang hukum mengenakan sutrah (penghadang) ketika solat Sama ada wajib atau pun sunnah. Di antara yang berpendapat wajib, dalil-dalil mereka banyak sekali, tampak lebih kuat, dan jelas.

Di antara para ulama yang menegaskan kewajibannya adalah seperti Imam Ahmad dalam salah satu pendapat beliau, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hazm, Ibnu Hajar al-Haitami, asy-Syaukani, al-Albani, dan selainnya.

Ibnu Khuzaimah rahimahullah (Wafat: 311H) berkata, “Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لا تصلوا إلا إلى سترة وقد زجر صلى الله عليه وسلم أن يصلي المصلي إلا إلى سترة فكيف يفعل ما يزجر عنه صلى الله عليه وسلم

“Janganlah kamu solat melainkan dengan menghadap sutrah.”

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melarang seseorang yang hendak melaksanakan solat melainkan dengan menghadap sutrah. Oleh itu, mana mungkin beliau melakukan sesuatu yang beliau sendiri larang?” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/27 -Al-Maktab al-Islami)

Ibnu Hajar al-Haitami rahimahullah (Wafat: 974H) berkata:

السترة واجبة عند جماعة من العلماء

“Sutrah adalah wajib di sisi sebahagian besar ulama.” (al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 2/141 - Daar ul-Fikr)

Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata:

قوله فليُصلِ إلى سترة فيه أن اتخاذ السترة واجب

“Perkataan beliau (Rasulullah), “Maka solatlah menghadap sutrah” padanya terdapat petunjuk bahawa mengenakan sutrah (ketika solat) adalah wajib.” (Nail ul-Authar, 3/2 - Daar ul-Hadits)

Syaikh Muqbil B. Hadi al-Wadi’i rahimahullah berkata:

أما اتخاذ السترة فالصحيح الوجوب لقوله صلى الله عليه وسلم إذا صلى أحدكم فليصل إلى سترة وليدنُ منها

“Adapun persoalan meletakkan sutrah (ketika solat), maka hukumnya yang tepat adalah wajib berdasarkan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Apabila salah seorang di antara kamu solat, maka solatlah menghadap sutrah dan mendekatlah kepadanya.” (Dalam muhadharah beliau, As-ilah al-Ikhwati min Amrika)

Syaikh al-Albani berpendapat di dalam Kitabnya:

والسترة لا بد منها للإمام والمنفرد؛ ولو في المسجد الكبير. قال ابن هانئ في مسائله عن الإمام أحمد: رآني أبو عبد الله (يعني: الإمام أحمد) يوماً وأنا أصلي، وليس بين يدي سترة - وكنت معه في المسجد الجامع - ؛ فقال لي: استتر بشيء. فاستترت برجل

ففيه إشارة من الإمام إلى أنه لا فرق في اتخاذ السترة بين المسجد الصغير والكبير، وهو الحق. وهذا مما أخل به جماهير المصلين من أئمة المساجد وغيرهم في كل البلاد التي طفتها؛ ومنها السعودية التي أتيحت لي فرصة التطواف فيها لأول مرة في رجب هذه السنة 1410 هـ

فعلى العلماء أن ينبهوا الناس إليها، ويحثُّوهم عليها، ويبيِّنوا لهم أحكامها، وأنها تشمل الحرمين الشريفين أيضاً

(Aku katakan), “Sutrah dalam solat menjadi kewajiban bagi imam dan orang-orang yang solat sendirian, sekalipun di dalam masjid besar. Demikianlah pendapat Ibnu Hani’ dalam Kitab Masa’il dari imam Ahmad. Kata Ibnu Hani’, “Pada suatu hari aku solat tanpa sutrah di hadapanku yang mana ketika itu aku melaksanakan solat di dalam masjid Jami’. Imam Ahmad melihat hal tersebut, lalu beliau pun berkata kepadaku, “Pasanglah (letaklah) sesuatu sebagai sutrahmu!” Aku pun menjadikan seseorang sebagai sutrah solatku.”

Peristiwa ini adalah isyarat dari imam Ahmad bahawa orang yang solat di masjid besar atau masjid kecil tetap berkewajiban mengenakan sutrah di hadapannya. Pendapat inilah yang benar, tetapi kebanyakan orang-orang yang solat telah mengabaikan sunnah ini termasuk para imam-imam masjid dan selainnya di setiap tempat yang aku kunjungi termasuk ‘Arab Saudi ketika mana aku diberi kesempatan thawaf buat pertama kalinya pada bulan Rejab tahun 1410.

Sepatutnya para ulama mengingatkan masyarakat tentang perkara ini, menganjurkan supaya mengamalkannya, dan menjelaskan hukum berkaitan dengannya. Kewajiban sutrah ini juga turut berlaku di dua tanah Haram (Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi).” (Ashlu Shifati Sholatin Nabi, 1/116-117 – al-Maktabah al-Ma’arif)

Manakala sebahagian ulama yang lain menyatakan bahawa hukum meletakkan sutrah adalah sunnah, bukan wajib. Di antara yang berpegang dengan pendapat ini adalah Imam Abu Hanifah, asy-Syafi’i, Ahmad, Ibnu Qudamah, an-Nawawi, dan beberapa yang lainnya. Manakala dari kalangan ulama kontemporari seperti Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Baz dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahumallah.

Kata Imam Abu Hanifah rahimahullah (Wafat: 150H):

ولا بأس أن يترك السترة إذا أمن المرور ولم يواجه الطريق

“Tidak mengapa jika tidak meletakkan sutrah (ketika solat) apabila bebas dari orang yang lalu-lalang di hadapan dan jika tidak menghadap ke arah tempat yang menjadi laluan orang.” (Al-Fatawa al-Hindiyyah, 3/344 – Daar ul-Fikr)

Ibnu Rusyd rahimahullah (Wafat: 595H) mengatakan:

واتفق العلماء بأجمعهم على استحباب السترة بين المصلي والقبلة إذا صلى، مفرداً كان أو إماماً

“Para ulama telah berittifaq (sepakat) dengan ijma’ bahawa meletakkan sutrah di antara orang yang bersolat dengan kiblat adalah suatu yang disukai (mustahab) sama ada ketika solat sendirian atau sebagai imam.” (Ibn Rusyd, Bidayat ul-Mujtahid, 1/113)

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

يُستحبُ للمُصلي أن يكون بين يديه سترة من جداراً أو سارية أو غيرها ويدنو منها بحيث لا يزيدُ بينهما على ثلاثة أذرع

“Disunnahkan bagi orang yang solat supaya meletakkan sutrah di hadapannya, sama ada daripada tembok, tiang, atau yang selainnya dan mendekat kepadanya dengan jarak (antara dirinya dengan sutrah tersebut) tidak lebih dari tiga hasta.” (Raudhat uth-Thalibin, 1/294 - al-Maktabah al-Islami, Cet. 3)

Juga sebagaimana kata Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah:

السترة في الصلاة سنة مؤكدة إلا للمأموم فإن المأموم لا يُسن له اتخاذ سترة اكتفاءً بسترة الإمام

“Sutrah ketika solat adalah sunnah muakkadah, melainkan bagi makmum. Kerana makmum tidak disunnahkan meletakkan sutrah, di mana para makmun cukup bagi mereka dengan sutrah yang dipakai oleh imam.” (Fatawa Arkan il-Islam, m/s. 343, no. 267)

Di antara dalil yang mereka pegang adalah:

كَثِيرُ بْنُ كَثِيرِ بْنِ الْمُطَّلِبِ بْنِ أَبِي وِدَاعَةَ عَنْ بَعْضِ أَهْلِهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِمَّا يَلِي بَابَ بَنِي سَهْمٍ وَالنَّاسُ يَمُرُّونَ بَيْنَ يَدَيْهِ وَلَيْسَ بَيْنَهُمَا سُتْرَةٌ

Katsir B. Katsir B. al-Muthallib B. Abi Wida’ah daripada sebahagian keluarganya, daripada datuknya - Bahawasannya beliau pernah melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam solat di tempat setelah pintu Bani Sahm. Orang ramai lalu-lalang di hadapan beliau sedangkan tidak ada sutrah antara keduanya (Nabi dan Ka’bah). (Hadis Riwayat Ahmad, 6/399. Abu Daud, no. 2016. Tetapi hadis ini dha’if, dinilai dha’if oleh al-Albani, Syu’aib al-Arnauth, dan Syaikh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbad kerana ketidak pastian perawi antara Katsir dengan datuknya)

al-Fadhl B. ‘Abbas berkata:

أتانا رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن في بادية لنا ومعه عباس فصلى في صحراء ليس بين يديه سترة

“Kami datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan kami berada di gurun. Bersama-sama dengan beliau adalah ‘Abbas, maka beliau solat di gurun sahara tanpa sutrah di hadapan beliau.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 718. Hadis ini juga dha’if. Dinilai dha’if oleh al-Albani, Syu’aib al-Arnauth, dan Syaikh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbad)

‘Abdullah B. ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:

أقبلت راكبا على حمار أتان، وأنا يؤمئذ قد ناهزت الاحتلام، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بمنى إلى غير جدار، فمررت بين يدي بعض الصف، وأرسلت الأتان ترتع، فدخلت في الصف، فلم ينكر ذلك علي

“Aku datang dengan menunggang keldai betina, yang pada ketika itu aku hampir baligh, dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang solat di Mina tanpa menghadap dinding. Maka aku melintas di hadapan sebahagian saf kemudian aku melepaskan keldai betina tersebut supaya bebas mencari makan. Aku pun masuk ke tengah-tengah saf dan tidak ada orang yang menyalahkan aku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 76, 493, 861, 1857, dan 4412)

Sebahagian ulama mengatakan tentang maksud “tanpa menghadap dinding” dalam hadis tersebut adalah tanpa menghadap sutrah. Ini antaranya dikemukakan oleh al-hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (Wafat: 852H) dalam Fathul Bari, 1/171.

Tetapi ini dapat dijawab bahawa sutrah tidak semestinya dinding. Oleh itu apabila dikatakan tidak menghadap dinding, tidak semestinya membawa maksud tidak menghadap sutrah! Boleh jadi yang dijadikan sebagai sutrah adalah objek yang selain dinding.

Ini sebagaimana dalam hadis yang lain di mana ‘Abdullah B. ‘Abbas mengatakan:

رُكِزَتِ الْعَنَزَةُ بَيْنَ يَدَيِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، بِعَرَفَاتٍ، فَصَلَّى إِلَيْهَا وَالْحِمَارُ يَمُرُّ مِنْ وَرَاءِ الْعَنَزَةِ

“Tombak (atau lembing) ditancapkan di depan Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam di ‘Arafah. Beliau solat dengan menghadap ke arahnya manakala keldai lalu-lalang di belakang tombak tersebut.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 2175)

Kesempurnaan Solat Terjejas Tanpa Sutrah

Musa B. Thalhah daripada bapanya, beliau berkata:

كُنَّا نُصَلِّي وَالدَّوَابُّ تَمُرُّ بَيْنَ أَيْدِينَا فَذَكَرْنَا ذَلِكَ لِرَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: مِثْلُ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلِ تَكُونُ بَيْنَ يَدَيْ أَحَدِكُمْ، ثُمَّ لاَ يَضُرُّهُ مَا مَرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ

“Kami pernah solat sedangkan haiwan tunggangan lalu-lalang di hadapan kami, lalu kami menceritakan situasi tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Maka beliau bersabda, “Sekiranya telah ada objek seperti pelana haiwan tunggangan dan diletakkan di hadapan salah seorang dari kamu (sebagai sutrah), maka sesuatu yang melintas di hadapan mereka (di balik sutrah) tidak akan mengancam (menjejaskan) solatnya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 499)

Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ يُصَلِّي، فَإِنَّهُ يَسْتُرُهُ إِذَا كَانَ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلُ آخِرَةِ الرَّحْلِ، فَإِذَا لَمْ يَكُنْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلُ آخِرَةِ الرَّحْلِ، فَإِنَّهُ يَقْطَعُ صَلَاتَهُ الْحِمَارُ، وَالْمَرْأَةُ، وَالْكَلْبُ الْأَسْوَدُ قُلْتُ: يَا أَبَا ذَرٍّ، مَا بَالُ الْكَلْبِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْكَلْبِ الْأَحْمَرِ مِنَ الْكَلْبِ الْأَصْفَرِ؟ قَالَ: يَا ابْنَ أَخِي، سَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا سَأَلْتَنِي فَقَالَ: الْكَلْبُ الْأَسْوَدُ شَيْطَانٌ

“Apabila salah seorang di antara kamu melaksanakan solat, sesungguhnya dia telah memiliki sutrah bila di hadapannya terdapat suatu penghadang seperti pelana haiwan tunggangan. Jika di hadapannya tidak terdapat sesuatu seperti itu, solatnya akan terputus jika dilintasi oleh keldai, wanita, dan anjing hitam.”

Aku (‘Abdullah B. ash-Shamit) bertanya, “Wahai Abu Dzar, apa perbezaan antara anjing hitam dengan anjing merah atau kuning?”

Abu Dzar menjawab, “Wahai anak saudaraku, apa yang engkau tanyakan ini juga pernah aku tanyakan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan beliau menjawab, “Anjing hitam itu adalah syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat, no. 510)

Hadis ini menjelaskan kriteria sutrah dan kesan solat tanpa sutrah yang mana solat boleh terjejas kesempurnaannya akibat tidak ada sutrah di hadapannya. Apatah lagi apabila ada sesuatu yang melintas berupa keldai, wanita, atau anjing hitam yang melintas, maka solat boleh terputus (terbatal) berdasarkan zahir hadis.

Kata Imam Ibnu Khuzaimah rahimahullah:

“... melintasnya anjing, wanita, atau keldai membatalkan solat, bukan anjing yang sedang diam itu membatalkan solat, bukan keldai yang menderum, dan bukan juga wanita yang sedang baring di hadapan yang membatalkan solat. Sebagaimana hadis yang menjelaskan bahawa ‘Aisyah baring di hadapan Nabi Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam yang sedang solat selagi mana bukan melintas di hadapannya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/21)

Kata beliau lagi, “Anjing yang membatalkan solat (apabila ia melintas) adalah anjing hitam, bukan yang selainnya. Demikian juga dengan hadis Ibnu ‘Abbas yang menjelaskan bahawa wanita yang membatalkan solat adalah wanita yang telah datang haid (baligh), bukan yang selainnya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/22)

Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

يقطع الصلاة الكلب والمرأة الحائض

“Anjing dan wanita yang telah berhaid membatalkan solat.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah, no. 832. Dinilai sahih oleh al-A’zhami)

Jadi, hadis-hadis yang ada ini saling menjelas dan mengkhususkan antara satu sama lain.

Berdasarkan penjelasan hadis-hadis ini, bagi yang sengaja melaksanakan solat tanpa sutrah dan tanpa ada uzur syar’i maka solatnya tetap sah, cuma dibimbangi kesempurnaannya terjejas. Lebih-lebih lagi jika seorang wanita berhaid (yang telah baligh), atau keldai, atau anjing hitam melintas di hadapannya sebagaimana yang disebutkan oleh hadis tersebut, maka solatnya terbatal. Jika yang selain 3 ini, maka solatnya tidak terbatal tetapi kesempurnaan solat akan terjejas.

Perintah Menghalang Orang Melintas

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ يُصَلِّي فَلَا يَدَعْ أَحَدًا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْهِ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّ مَعَهُ الْقَرِينَ

“Janganlah kamu solat melainkan dengan menghadap sutrah dan jangan biarkan seorangpun melintas di hadapanmu (di antara dirinya dengan sutrah). Apabila orang tersebut tetap berkeras untuk melintas, maka halanglah dia kerana dia ditemani syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 506. Ibnu Khuzaimah, no. 800)

Ibnu Khuzaimah meletakkan hadis ini dalam bab: “Larangan Solat Tanpa Menghadap Sutrah.”

Hadis ini selain menjelaskan larangan solat tanpa sutrah, ia turut menjelaskan boleh dan perlunya menghalang orang yang cuba melintasi hadapan kita ketika sedang solat.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إذا مر بين يدي أحدكم شيء وهو يصلي فليمنعه مرتين فإن أبى فليقاتله فإنما هو شيطان

“Apabila ada sesuatu melintas di hadapan salah seorang di antara kamu yang sedang solat, maka hendaklah ia menghalangnya dari melintas sebanyak dua kali. Apabila ia tetap juga mahu melintas, maka lawanlah ia kerana ia adalah syaitan.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah, no. 818. Dinilai sahih oleh al-A’dzami)

Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنْ النَّاسِ فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ

“Jika salah seorang dari kamu solat menghadap sesuatu sebagai sutrah yang membatasi dari orang ramai, kemudian ada seseorang yang hendak melintas di hadapannya, maka halanglah ia. Jika ia enggan maka lawanlah ia, kerana ia adalah syaitan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 509)

Kata Imam Ibnu Khuzaimah rahimahullah (Wafat: 311H):

فإنما هو شيطان أي فإنما هو شيطان مع الذي يريد المرور بين يديه لا أن المار من بني آدم شيطان وإن كان اسم الشيطان قد يقع على عصاة بني آدم

“Sabda Nabi, “... kerana ia adalah syaitan”, maksudnya adalah syaitan yang berada bersama-sama orang yang melintas di hadapannya tersebut dan bukanlah bermakna orang itu sendiri yang dinamakan syaitan dan penamaan syaitan memang biasa turut ditujukan kepada orang-orang yang menentang dari kalangan bani Adam. (Sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam Surah al-An’am, 6: 112).” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/17)

Dalam Sunan Abu Daud, hadis daripada Hisyam B. al-Ghaz daripada ‘Amru B. Syu’aib daripada ayahnya daripada datuknya beliau berkata:

هَبَطْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ ثَنِيَّةِ أَذَاخِرَ فَحَضَرَتِ الصَّلَاةُ - يَعْنِي فَصَلَّى إِلَى جِدَارٍ - فَاتَّخَذَهُ قِبْلَةً وَنَحْنُ خَلْفَهُ، فَجَاءَتْ بَهْمَةٌ تَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْهِ فَمَا زَالَ يُدَارِئُهَا حَتَّى لَصَقَ بَطْنَهُ بِالْجِدَارِ، وَمَرَّتْ مِنْ وَرَائِهِ

“Kami bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menuruni bukit Adzakhir, lalu tibalah waktu solat. Beliaupun melaksanakan solat dengan menjadikan dinding sebagai arah kiblat, manakala kami berada di belakang beliau (sebagai makmum).

Tiba-tiba ada seekor anak kambing hendak melintas di hadapan beliau, maka beliau pun segera menghalangnya sehingga perut beliau hampir merapat (menyentuh) dinding. Akhirnya anak kambing tersebut melintas melalui belakang beliau.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 708. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Hadis ini menunjukkan bolehnya bergerak dengan gerakkan yang banyak semata-mata untuk menghalang sesuatu yang melintas di hadapan kita ketika sedang solat walaupun dengan berjalan untuk merapatkan diri dengan sutrah.

Larangan Melintas Di Hadapan Orang Solat

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ المَارُّ بَيْنَ يَدَيِ المُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ» قَالَ أَبُو النَّضْرِ: لاَ أَدْرِي، أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، أَوْ شَهْرًا، أَوْ سَنَةً

“Sekiranya orang yang melintas di hadapan orang yang sedang solat mengetahui apa akibat yang akan ia tanggung, nescaya ia berdiri selama empat puluh lebih baik baginya daripada dia melintas di hadapan orang yang sedang solat.”

Abu an-Nadhr (salah seorang perawi hadis ini) berkata, “Aku tidak tahu yang dimaksudkan dengan jumlah “empat puluh” tersebut, adakah empat puluh hari, atau bulan, atau tahun.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 510. Muslim, no. 507)

Ibnu Khuzaimah turut meriwayatkan hadis ini dan meletakkannya dalam bab:

التغليظ في المرور بين المصلي والدليل على أن الوقوف مدة طويلة انتظار سلام المصلي خير من المرور بين يدي المصلي

“Ancaman keras melintas di hadapan orang yang sedang solat, dan merupakan dalil berdiri lama menunggu ucapan salam seseorang yang sedang solat itu lebih baik daripada melintas di hadapannya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/14)

Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

معناه لو يعلم ما عليه من الإثم لاختار الوقوف أربعين على ارتكاب ذلك الإثم ومعنى الحديث النهي الأكيد والوعيد الشديد في ذلك

“Makna hadis ini, sekiranya ia mengetahui betapa besarnya dosa dari perbuatan tersebut, pasti dia akan memilih untuk berhenti selama empat puluh dari perlu menanggung dosa akibat perbuatan tersebut. Jadi, hadis ini adalah larangan yang cukup keras dan ancaman yang berat sebagai akibat perbuatan melintas di hadapan orang solat.” (Syarah Shahih Muslim, 4/225)

Larangan ini merujuk kepada perbuatan melintasi kawasan depan orang yang sedang solat. Sekiranya dia mengenakan sutrah, maka dibolehkan melintas di sebalik sutrah yang dikenakan. Dan tidak boleh melintas di dalam lingkungan kawasan antara sutrah dengan orang solat yang mengenakannya.

Sutrah Makmum Cukup Dengan Mengikuti Imam

Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ يَوْمَ العِيدِ أَمَرَ بِالحَرْبَةِ، فَتُوضَعُ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَيُصَلِّي إِلَيْهَا وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ، وَكَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِي السَّفَرِ

“Dahulu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila keluar pada hari raya, beliau memerintahkan (pembantunya) membawa tombak. Ia untuk diletakkan di hadapan beliau lalu beliau solat menghadap ke arahnya, manakala orang-orang solat (sebagai makmum) di belakangnya. Beliau melakukan perkara tersebut dalam perjalanan (safar) beliau.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 494. Muslim, no. 501)

Dalil ini menunjukkan bahawa apabila imam telah mengenakan sutrah, maka ia telah mencukupi bagi para makmum lainnya.

Contoh Objek Sebagai Sutrah

Dalam hadis-hadis Nabi banyak disebutkan contoh-contoh objek yang sesuai dijadikan sebagai sutrah. Di antaranya adalah seperti:

1 – Manusia yang sedang duduk diam, berdiri, atau sedang berbaring. (Lihat hadis dalam Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 285 dan 286)

2 – Haiwan tunggangan seperti unta dan keldai yang berdiri atau duduk diam.

3 – Tombak yang ditancapkan.

4 – Pelana haiwan tunggangan.

5 – Dinding atau tiang.

6 – Pokok.

7 – Anak panah yang ditancapkan.

8 – Tongkat.

Wallahu a’lam.

Cara ringkas untuk solat jenazah

Cara ringkas untuk solat jenazah... Belajar lah wahai lelaki..apakah kau x malu bila x pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih2 lagi untuk mak atau ayah meninggal.. Itu sahaja lah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita...
Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah.

Thursday, 31 October 2013

Jana Pendapatan Dari HP

Penaja Anda : Farah Mat Isa

Maklumat Pembayaran Komisyen di Program ToneExcel:

1. FastTrack Bonus: Setiap seorang yang anda sendiri taja, anda akan diberikan bonus RM20 dan anda boleh taja seberapa ramai yang anda suka, tiada limit. Jika anda menaja dari 1-15hb, bonus akan dibayar pada hujung bulan, jika anda menaja dari 16-31hb, bonus akan dibayar pada 11hb berikutnya. Setiap pembayaran bonus akan di tolak RM3 untuk kos pengurusan.

2. Komisyen Top-up: Setiap orang yang anda taja sendiri, dipanggil Level-1, dan sesiapa yang ditaja oleh Level-1 dipanggil Level-2, begitulah seterusnya. ToneExcel membayar komisyen setiap kali mereka topup sehingga Level-3 dan setiap level adalah infinity. Komisyen topup dari 1-31hb akan dibayar pada 21hb berikutnya. Setiap pembayaran bonus akan di tolak RM3 untuk kos pengurusan.

Komisyen yang dibayar kedalam akaun bank anda adalah:
(Jika kita sendiri top-up dari RM20-RM59)
Level-1 sebanyak 6%
Level-2 sebanyak 3%
Level-3 sebanyak 11%

(Jika kita sendiri top-up dari RM60 dan keatas)
Level-1 sebanyak 10%
Level-2 sebanyak 3%
Level-3 sebanyak 13%

Pertama:
Anda akan dilindungi dengan insuran kemalangan (PA) dari Tune Insurance sebanyak RM100,000. Wow! Dengan satu kelebihan sahaja, ia sudah membezakan dengan telco yang lain. Dulu anda pakai handphone, kalau apa-apa berlaku, ada telco handphone anda nak bagi duit pada anda atau keluarga anda?

Kedua:
Setiap kali anda topup, anda akan dapat  point dan apabila dikumpulkan boleh ditukarkan kepada tiket kapal terbang AirAsia atau pun dengan Handphone terkini.



Kelebihan lain sebagai pengguna simkad TuneTalk/ToneExcel

Ini contoh point yang anda akan perolehi setiap kali anda topup di kedai topup

atau anda boleh klik disini untuk keterangan lanjut.


Ini pula sebahagian contoh destinasi pelancongan dan point yang diperlukan supaya anda boleh claim tiket percuma tersebut.


atau anda boleh klik disini untuk keterangan lanjut.

Ini pula sebahagian contoh jenis handphone terkini dan bilangan point yang diperlukan supaya anda boleh claim Handphone percuma dari TuneTalk.


atau anda boleh klik disini untuk keterangan lanjut.

Siapa nak bagi? Selama ini ada topup, ada ke dapat point yang boleh bawa anda jalan2 secara percuma dan dapat handphone PERCUMA?

Ketiga:
Anda boleh kekalkan no lama kedalam simkad tunetalk ini. Mungkin ada sedang pakai no telipon dari telco yang lain, dan anda sangat sayang no tersebut, anda boleh kekalkan no tersebut kedalam simkad toneexcel ini, asalkan no lama itu diregister dengan nama anda.

Keempat:
Anda boleh top-up dimana2 kedai yang jual topup di seluruh Malaysia dan juga secara online. Walaupun TuneTalk masih baru berbanding dengan telco yang lain, tetapi kemudahan untuk mendapatkan Topup adalah setaraf dengan mereka.
UserName : 691130035283A
No Ahli : M91-M-173229
NO Tel Tune Talk : 010 5171169
Nama Penaja : http://www.talktalkbiz.com/kelate
No. Tel : 013 929 9944
Istimewa : Anda dilantik Agen Top Up

Hanya : RM80.00(Simpack)
RM30.00 kredit sedia digunakan + RM10.00(Kos Pos)

Photo: LANJUT : http://www.toneexcel-terengganu.blogspot.com/ 

Jana Duit Dari HP. Mereka Topup kita dpt Income

MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN MELALUI HANDPHONE ANDA!!

MUSTAHIL. Tapi Ada Cara Untuk Gunakan Benda Yang Anda Selalu Guna Untuk Buat Duit Tanpa Henti Walaupun Anda Dah Berhenti
Salam sejahtera saya ucapkan kepada anda.
Terima kasih kerana melayari laman web saya. Jika anda ingin menambah pendapatan melalui perniagaan dan mencari peluang perniagaan yang sesuai, anda mempunyai beberapa pilihan iaitu pertama membina perniagaan anda sendiri, kedua membeli perniagaan atau francais yang sedia ada atau cara ketiga, sertai program pemasaran rangkaian.


Bagi mereka yang tiada pengalaman dan tiada wang yang banyak maka pilihan ketiga adalah yang paling logik! Ini kerana perniagaan pemasaran rangkaian boleh disertai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, tanpa sebarang pengalaman perniagaan dan modal permulaannya pula adalah rendah.
Ramai yang takut dan skeptikal terhadap perniagaan pemasaran rangkaian ini tetapi jangan lupa, model perniagaan ini telah lama digunakan oleh pelbagai syarikat multinasional seperti AT&T, Colgate, Microsoft, AOL, Citibank, IBM, Xerox dan banyak lagi. Ramai peniaga bertaraf jutawan besar seperti Warren Buffet, Donald Trump, Robert Kiyosaki, Richard Branson dan ramai lagi amat meyakini konsep perniagaan ini. Jika mereka yang telah berjaya yakin dengan model perniagaan ini, kenapa tidak ANDA?
Kenapa ikon-ikon peniagaan besar yakin dengan perniagaan pemasaran dan terdapat juga pelbagai syarikat berlumba-lumba menggunakan sistem ini? Ini adalah kerana mereka tahu bahawa strategi pemasaran sebegini adalah cara yang paling berkesan untuk memasarkan produk tanpa menggunakan pekerja, tanpa sesiapa berhutang, tanpa perlu meminjam dan tanpa stok inventori yang nyata.
Oleh kerana terlalu banyak syarikat yang menggunakan sistem ini maka anda perlu bijak memilih syarikat. Jangan terjebak dengan skim cepat kaya! Bagi saya, terdapat lima perkara utama sebelum anda memilih peluang perniagaan yang perlu anda sertai iaitu pertamanya syarikat, keduanya pengurusan, ketiganya produk, keempatnya sistem imbuhan dan kelima adalah pembelajaran. 
Hari ini saya ingin bercerita tentang satu perniagaan pemasaran rangkaian yang telah menarik minta saya untuk menyertainya dan merebut peluang kewangan yang disediakan oleh…
logo-new


Program ini ialah Perniagaan SIM Kad Prepaid Tone Excel – WOW. Tapi sebelum anda kata, “Ah, jual Top Up lagi”, anda silap. Ini bukan program jual prepaid atau Top Up. Ia mengajak anda untuk menjadi pengguna BIJAK dengan mengubah sesuatu tanggungan (liability) kepada aset menjana pendapatan.
Ini adalah program baru daripada syarikat Tone Excel Sdn Bhd dengan kerjasama Tune Talk yang dipelopori oleh En. Jason Lo dan disokong oleh syarikat gergasi Tune Group yang juga memiliki AirAsia / AirAsia X  (Tune Air). Hebat! Tan Sri Dr. Anthony Francis Fernandes dan Dato’ Kamarudin Meranun berjaya mengubah persepsi bahawa semua orang berduit sahaja mampu menaiki kapalterbang tetapi dengan AirAsia semua orang boleh terbang pada harga luar biasa murah. Kini, melalui Tune Talk beliau sekali lagi cuba mengubah persepsi bahawa bercakap di handphone adalah satu ‘tanggungan’ yang mahal dengan mengajak kita mengubahkannya kepada satu ‘Aset’ menjana pendapatan dan anda boleh bercakap secara PERCUMA! Woww..

logo tunetalklbaru
Talian handphone Program Rujukan Tone Excel – WOW di bekalkan oleh Tune Talk melalui rangkaian pasarana selular Celcom yang sangat meluas dan Syarikat Celcom Axiata Bhd juga mengawal kepentingan ekuiti terbesar Tune Talk dengan mempunyai pegangan saham sebanyak 35% dalam Tune Talk Sdn Bhd klik di sini

logo-airasia
Perniagaan pemasaran rangkaian ini, yang juga dikenali sebagai Program Rujukan (Referral) Tone Excel – WOW dimana tiada penjualan dilakukan sebaliknya anda hanya perlu merujuk kepada sesiapa sahaja agar menyertai program ini. Program ini menawarkan Percuma Perlindungan Insurans Kemalangan Peribadi (P.A) sebanyak  RM100,000.00  dan Tiket Penerbangan Percuma dari AirAsia.

khidmat 
Perniagaan SIM Kad Tone Excel – WOW ini kekuatannya datang daripada betapa mudahnya mereka boleh membeli Top Up di mana-mana saja. Lebih tepat mereka tidak perlu membeli Top Up daripada anda.
Mereka boleh pergi ke mana-mana stesen e-pay, 7Eleven, Maybank2u, CIMB Clicks, E-Banking EON Bank dan RHB Bank serta segala tempat yang memiliki e-pay untuk membuat Top Up.
lokasi-topup
Ya, anda tidak perlu susah-susah untuk menjual Top Up kepada mereka dan secara tidak langsung anda akan mendapat pendapatan dari mereka setiap kali mereka Top Up KAD SIM yang anda jual kepada mereka.
Jika anda fikir anda perlu menukar nombor telefon untuk menggunakan KAD SIM ini, anda silap. Anda boleh guna nombor lama anda tak kira sama ada nombor lama itu adalah prepaid atau postpaid. Begitu juga dengan kawan-kawan anda. Mereka boleh guna KAD SIM yang anda jual kepada mereka tetapi masih boleh lagi menggunakan nombor yang sama.
Jadi, tidak ada masalah untuk anda dan kawan-kawan anda untuk bercakap panjang dan ber-SMS di handphone mereka sambil mendapat duit pada masa yang sama.
Bagaimana pula dengan potensinya?
Oleh itu seperti yang yang saya katakan, tidaklah banyak mana. Tetapi ada sesuatu yang menarik yang ingin saya tunjukkan kepada anda. Minimum Top Up bulanan untuk layak dapat komisyen dalam program ini hanya RM20.00 sahaja. Tapi kita berdua tahu orang guna lebih daripada itu sebulan.
Berikut adalah dua jenis pendapatan yang anda boleh dapat dari program ini:
Pendapatan pertama adalah dari insentif Bonus Rujukan (Direct Sponsor) yang boleh diperoleh dari penyertaan baru yang ditaja terus oleh anda di level 1 iaitu sebanyak RM20.00 seorang.
Katakan anda menaja terus 10 orang sebulan di level 1, maka insentif yang akan diterima adalah:
RM20.00 x 10 orang = RM200.00
Bonus ini menarik untuk mengajak orang baru menyertai program ini tanpa had.
Pendapatan kedua pula adalah dari insentif Komisyen Top Up dan pendapatan dari program ini adalah berulangkali serta ada tiga level.
1. Jika anda Top Up diantara RM20.00 – RM59.99 sebulan, anda layak mendapat komisyen Top Up Tahap I. Pada tahap ini, anda layak mendapat komisyen Aras 1 (L1) sebanyak 6%, Aras 2 (L2) sebanyak 3% dan Aras 3 (L3) sebanyak 11%.
2. Jika anda Top Up melebihi RM60.00 sebulan, anda layak mendapat komisyen Top Up Tahap II. Pada tahap ini, anda layak mendapat komisyen Aras 1 (L1) sebanyak 10%, Aras 2 (L2) sebanyak 3% dan Aras 3 (L3) sebanyak 13%.

Jadi kalau anda sendiri merujuk kepada 10 orang dan kita anggap setiap orang gunakan prepaid RM30.00 sebulan, maka anda layak mendapat Komisyen Top Up Tahap I seperti berikut:
RM30.00 x 6% x 10 orang = RM18.00 komisyen anda di level 1
Sedikit kan? Kalau setiap orang yang anda ajak pun ajak 10 orang, ianya akan jadi begini:
RM30.00 x 3% x 100 orang = RM90.00 komisyen anda di level 2
Woops. RM108… SEBULAN. Tapi itu MASIH LAGI sedikit. Bagaimana kalau setiap orang di atas pun ajak seramai 10 orang? Jawabnya anda akan mendapat:
RM30.00 x 11% x 1000 orang = RM3,300.00 komisyen anda di level 3
Campur semua sekali anda dapat RM 3,408.00 sebulan!!!
Itu hanya contoh mudah dengan penggunaan cuma RM30.00 sahaja. Jika anda menggunakan prepaid melebihi RM60.00 sebulan, anda layak mendapat Komisyen Top Up Tahap II. Pada tahap ini, anda berpeluang untuk mendapat komisyen sehingga RM8,040.00 sebulan!!!
Bayaran Bonus & komisyen diatas akan dilakukan 3 kali dalam sebulan, sila lihat pelan pemasaran.
Bayangkan anda tak perlu susah payah Top Up untuk mereka tapi anda masih lagi boleh mendapat komisyen. Duduk di rumah, tengok TV tapi duit masuk ke kantung anda setiap masa.
Mudah bukan?
Bagaimana pula dengan cajnya? Adakah lebih tinggi daripada telco lain? Tidak sama sekali…
Kadar panggilan kami ialah 28 sen seminit ke semua rangkaian. Yang lain-lain menawarkan kadar panggilan sebanyak 36 sen hingga 39 sen seminit.
INGAT! Anda tidak perlu menukar nombor anda untuk menggunakan Tune  Talk ini. Tidak sama sekali. Mari kita lihat apa yang akan anda dapat jika menyertai program ini:
Laman web untuk anda menaja secara online atau SMS
www.TalkTalkBIZ.com/UsernameAnda
SIM Kad Tone Excel – WOW dengan tersedia nilai kredit RM30.00
Percuma perlindungan PA Insurans bernilai RM100 ribu
Tiket penerbangan percuma dari AirAsia
Pendapatan lumayan secara pasif dan berterusan setiap bulan 

TTPoints


Persoalan tentang anda akan rugi tidak timbul langsung jika anda menggunakan prepaid Tone Excel – WOW. Ingin mencuba bagaimana program ini boleh mengubah hidup anda?
Anda hanya perlu tekan butang join di bawah untuk DAFTAR PERCUMA  dulu..
Setiap kali kawan anda membuat panggilan mereka akan memberi anda duit melalui caj mereka. Anda tidak perlu lagi berkerut kepala fikir kenapa kredit anda cepat sangat habis kerana anda sudah mempunyai modal sampingan untuk mendapatkan ‘Top Up’.
Bagi mereka yang sudah biasa dengan pemasaran rangkaian, anda akan dapati perniagaan ini MUDAH!. Bagi mereka yang baru bermula mencari peluang perniagaan, di sinilah tempat anda mencari pengalaman kerana kosnya MURAH!
Peluang ini masih lagi tidak diketahui ramai.Tapi apabila ramai dah tahu, anda mungkin terpaksa bersaing dengan ramai orang. Maka, sertai dahulu sebelum itu berlaku…
Saya harap anda juga berjaya,