Monday, 4 November 2013

Video penderaan Pusat Taska Permata Harapan, Di Taman Melati

Video hasil rakaman seorang bapa yang menghantar anaknya di Pusat Taska Permata Harapan, Di Taman Melati itu akhirnya menjawab persoalan mengapa kanak-kanak menangis apabila mahu dihantar ke taska tersebut.




Dalam video tersebut, secara jelas nampak perlakuan kasar pengasuh dan pemilik taska tersebut, yang dikenali sebagai Puan Rozita memukul kepala kanak-kanak tersebut atas alasan yang tidak diketahui.Kami sebenarnya amat geram dengan perlakuan manusia syaitan ini.

Cadangan kami selepas ini, agar semua ibu bapa yang menghantar anak mereka di taska atau pusat asuhan, agar menyemak nama taska tersebut dan memastikan ianya pusat asuhan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, pusat-pusat asuhan dan taska haram ini perlu dibanteras dan kadar penguatkuasaan perlu dipertingkatkan.Antara lain cadangan kami adalah mewajibkan pemasangan CCTV di sudut-sudut strategik dimana setiap rakaman akan dipantau .di satu pusat yang dikelolakan oleh JKM sendiri.

Ini perlu bagi memastikan tiada pemilik atau pengasuh yang berani membuat penderaan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa ini.Kes penderaan ini telah pun menjadi kes jenayah dan kami berharap agar hukuman setimpal diberikan terhadap pengasuh tersebut.

No comments:

Post a Comment